Friday, 5 April 2019

RAWATAN BEKAM di Kolej Kediaman Satria (KASTURI)

Assalamualaikum.

Hai semua..!

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai beberapa aktiviti rawatan bekam yang telah diadakan sekitar bulan March dan April 2019 di Kolej Kediaman Satria Kasturi. 
Pada mulanya ada beberapa orang pelajar sudah mulai bertanya mengenai rawatan bekam sejak semester lepas kerana mereka tahu admin pernah menjalankan aktiviti rawatan bekam sebelum ini. 
Namun, disebabkan pada semester lepas adalah tahun pertama dan semester pertama makanya belum sesuai dan belum berkesempatan kerana sibuk dangan urusan pengajian di UTeM. Oleh itu, pada semester ini admin berhasrat untuk menjalankan aktiviti rawatan bekam di kolej kediaman bagi para pelajar di kolej kediaman terutamanya. Apatah lagi sejurus selepas admin menyertai karnival jualan yang telah diadakan pada 26 March 2019 di lobi FTK kampus Teknologi Kejuruteraan UTeM.

Dengan yang demikian, 'student package' telah diperkenalkan dengan harga 

BEKAM DARAH @ BEKAM SUNNAH
1 cup : RM3 
15 cup : RM30

BEKAM ANGIN 
15 cup : RM10

BEKAM KEPALA TANPA CUKUR
1 cup : RM10

Dengan pakej sedemikian, maka bertalu-talu text message di Whats App masuk untuk menjalankan rawatan bekam. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah mempromosikan rawatan bekam kepada yang lain. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat di samping mengamalkan amalan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda Rasullulah S.A.W kepada kita. 

Ada juga recommend dari pelajar yang pernah menjalankan rawatan bekam dengan saya. Maka makin terkenal rawatan bekam di kolej kediaman Satria UTeM.
Separuh daripada mereka pernah berbekam dan mengatakan yang pakej pelajar agak berbaloi dan murah serta memberikan manfaat kepada mereka.
Semoga urusan ini terus maju dan berkembang serta sama-sama kita memperoleh manfaat daripadanya.


Ini adalah rawatan bekam muka. Pelajar ini adalah housemate admin di Kolej Kediaman Satria KASTURI. Beliau mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan ingin mencuba rawatan bekam darah di muka agar bisa merawat masalah kulit mukanya yang sentiasa berjerawat. Harga yang ditawarkan sama sahaja iaitu 1 cup beharga RM3 sahaja.



Bukan seorang, bukan berdua, malah lima bersaudara sekaligus pada satu malam telah menjalani rawatan bekam pada hujung minggu, sabtu malam ahad. Pada mulanya tiga orang mahu berbekam, namun admin mengatakan yang set cukup utk dua individu sahaja, orang yang ketiga kena tunggu sementara admin membersihkan cup bekam. Bagaimanapun mereka bersetuju untuk menunggu dan dua lagi rakan mereka turut mahu berbekam pada malam itu. Jadi, rezeki jangan ditolak... sesi bekam selesai pada jam 3 pagi. Setiap seorang diberikan satu stik madu dan sebotol air mineral sebagai gift daripada admin. Memang individu yang berbekam perlu minum banyak air putih bagi tujuan melancarkan aliran darah dah mengurangkan kepekatan darah agar tidak mengganggu fungsi buah pinggang. Diharap semua berpuashati dan mendapat manfaat daripada bekam sunnah. ^_^ 





Okay...Seterusnya, ada seorang lagi pelajar menghantar mesej di Whats App bertemujanji bagi rawatan bekam. Beliau datang dari kolej kediaman Satria Jebat ke blok Kasturi. Sepatutnya boleh sahaja admin nak ke blok JEBAT namun disebabkan beliau sudi datang sendiri ke blok KASTURI maka memudahkan kerja saya. Beliau meminta untuk bekam kepala tanpa cukur. Jadi, saya mencadangkan 1 cup bekam darah di kepala dan 11 cup bekam di badan pada harga pakej juga iaitu masih lagi RM30. Beliau bersetuju dan menerima rawatan bekam di bilik admin sendiri. *_*


Ini gambar kawan baik admin sendiri.Tinggal pun serumah cuma berlainan bilik sahaja. Pelajar dari fakulti FPTT. Dia minta bekam angin. Admin dengan bermurah hati menerima tawaran dan memberikannya rawatan bekam angin PERCUMA pada hari tersebut. Dia memberikan komen bahawa bekam angin juga memberikan kesan yang baik iaitu badan terasa ringan dan kurang lenguh-lenguh ketika bangun dari tidur.


Jadi, setakat itu dahulu entry buat kali ini... Jika diberikan kesempatan dan paling penting kalau admin rajin nak update blog ni nanti admin akan up post baru untuk tatapan para pembaca sekalian. terima kasih sudi singgah di blog ini. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

  Checklist Sebelum Kahwin Untuk Bakal Pengantin, Baru Tak Pening Kepala! jom baca dari link di sini https://siraplimau.com/checklist-sebelu...