Sunday, 1 December 2024

 

Checklist Sebelum Kahwin Untuk Bakal Pengantin, Baru Tak Pening Kepala!


jom baca dari link di sini

https://siraplimau.com/checklist-sebelum-kahwin/

Friday, 5 April 2019

RAWATAN BEKAM di Kolej Kediaman Satria (KASTURI)

Assalamualaikum.

Hai semua..!

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai beberapa aktiviti rawatan bekam yang telah diadakan sekitar bulan March dan April 2019 di Kolej Kediaman Satria Kasturi. 
Pada mulanya ada beberapa orang pelajar sudah mulai bertanya mengenai rawatan bekam sejak semester lepas kerana mereka tahu admin pernah menjalankan aktiviti rawatan bekam sebelum ini. 
Namun, disebabkan pada semester lepas adalah tahun pertama dan semester pertama makanya belum sesuai dan belum berkesempatan kerana sibuk dangan urusan pengajian di UTeM. Oleh itu, pada semester ini admin berhasrat untuk menjalankan aktiviti rawatan bekam di kolej kediaman bagi para pelajar di kolej kediaman terutamanya. Apatah lagi sejurus selepas admin menyertai karnival jualan yang telah diadakan pada 26 March 2019 di lobi FTK kampus Teknologi Kejuruteraan UTeM.

Dengan yang demikian, 'student package' telah diperkenalkan dengan harga 

BEKAM DARAH @ BEKAM SUNNAH
1 cup : RM3 
15 cup : RM30

BEKAM ANGIN 
15 cup : RM10

BEKAM KEPALA TANPA CUKUR
1 cup : RM10

Dengan pakej sedemikian, maka bertalu-talu text message di Whats App masuk untuk menjalankan rawatan bekam. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah mempromosikan rawatan bekam kepada yang lain. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat di samping mengamalkan amalan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda Rasullulah S.A.W kepada kita. 

Ada juga recommend dari pelajar yang pernah menjalankan rawatan bekam dengan saya. Maka makin terkenal rawatan bekam di kolej kediaman Satria UTeM.
Separuh daripada mereka pernah berbekam dan mengatakan yang pakej pelajar agak berbaloi dan murah serta memberikan manfaat kepada mereka.
Semoga urusan ini terus maju dan berkembang serta sama-sama kita memperoleh manfaat daripadanya.


Ini adalah rawatan bekam muka. Pelajar ini adalah housemate admin di Kolej Kediaman Satria KASTURI. Beliau mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan ingin mencuba rawatan bekam darah di muka agar bisa merawat masalah kulit mukanya yang sentiasa berjerawat. Harga yang ditawarkan sama sahaja iaitu 1 cup beharga RM3 sahaja.



Bukan seorang, bukan berdua, malah lima bersaudara sekaligus pada satu malam telah menjalani rawatan bekam pada hujung minggu, sabtu malam ahad. Pada mulanya tiga orang mahu berbekam, namun admin mengatakan yang set cukup utk dua individu sahaja, orang yang ketiga kena tunggu sementara admin membersihkan cup bekam. Bagaimanapun mereka bersetuju untuk menunggu dan dua lagi rakan mereka turut mahu berbekam pada malam itu. Jadi, rezeki jangan ditolak... sesi bekam selesai pada jam 3 pagi. Setiap seorang diberikan satu stik madu dan sebotol air mineral sebagai gift daripada admin. Memang individu yang berbekam perlu minum banyak air putih bagi tujuan melancarkan aliran darah dah mengurangkan kepekatan darah agar tidak mengganggu fungsi buah pinggang. Diharap semua berpuashati dan mendapat manfaat daripada bekam sunnah. ^_^ 





Okay...Seterusnya, ada seorang lagi pelajar menghantar mesej di Whats App bertemujanji bagi rawatan bekam. Beliau datang dari kolej kediaman Satria Jebat ke blok Kasturi. Sepatutnya boleh sahaja admin nak ke blok JEBAT namun disebabkan beliau sudi datang sendiri ke blok KASTURI maka memudahkan kerja saya. Beliau meminta untuk bekam kepala tanpa cukur. Jadi, saya mencadangkan 1 cup bekam darah di kepala dan 11 cup bekam di badan pada harga pakej juga iaitu masih lagi RM30. Beliau bersetuju dan menerima rawatan bekam di bilik admin sendiri. *_*


Ini gambar kawan baik admin sendiri.Tinggal pun serumah cuma berlainan bilik sahaja. Pelajar dari fakulti FPTT. Dia minta bekam angin. Admin dengan bermurah hati menerima tawaran dan memberikannya rawatan bekam angin PERCUMA pada hari tersebut. Dia memberikan komen bahawa bekam angin juga memberikan kesan yang baik iaitu badan terasa ringan dan kurang lenguh-lenguh ketika bangun dari tidur.


Jadi, setakat itu dahulu entry buat kali ini... Jika diberikan kesempatan dan paling penting kalau admin rajin nak update blog ni nanti admin akan up post baru untuk tatapan para pembaca sekalian. terima kasih sudi singgah di blog ini. Wassalam. 

RAWATAN BEKAM DI UTeM

Assalamualaikum...

Hai semua.... 

Pada entry kali ini admin ingin menunjukkan program yang telah disertai oleh RAWATAN BEKAM ESKARDY...

Pada 26 Februari yang lalu, admin telah menyertai sebuah karnival jualan yang dianjurkan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan bertempat di lobi FTK kampus Teknologi, Ayer Keroh, MELAKA.
Jadi admin kongsikan serba sedikit gambar kerana pada hari tersebut admin berjaya mendapat kedua booth terbaik. =) 



Pada hari tersebut, saya cuma mengedarkan business card dan flyers/pamplet mengenai bekam untuk tujuan temujanji rawatan bekam bergantung kepada kelapangan individu yang memerlukan rawatan bekam. Sambutan agak menggalakkan dan mendapat perhatian di kalangan pelajar dan kakitangan UTeM. Terima kasih penganjur dan peserta karnival jualan. 


Sunday, 3 September 2017

JOM BEKAM



BELUM PERNAH BEKAM ???




Jom mengenal cara dan melihat gambaran ketika menjalani rawatan bekam


Pada kebiasaannya masa yang diperlukan bagi menjalani rawatan bekam bagi 10 - 22cup bekam adalah sekitar 45 minit sehingga ke 1jam 30 minit sahaja. 


Kebanyakan komen yang diberikan oleh penerima rawatan bekam adalah perbezaan menjalani rawatan bekam dengan menjalani urutan badan biasa adalah berbekam mendapat kesan kesihatan dan kecergasan yang lebih lama berbanding urutan biasa.
Ini kerana berbekam mengeluarkan darah yang bertoksid dan digantikan dengan antibodi baru di samping melegakan otot serta menghilangkan lenguh dan sengal urat dan bahagian sendi.


Para penerima rawatan adalah dinasihatkan supaya tidak makan dan minum (puasa) sekurang-kurangnya sejam sebelum menjalani rawatan bekam. 


Setelah menjalani rawatan bekam , anda digalakkan minum air kosong / air mineral bagi melancarkan peredaran darah. 


Ada juga para jurubekam yang menyediakan pakej berbekam beserta minum air susu kambing segar selesai menjalani rawatan bekam. 
Ada juga yang menyediakan satu stik madu setelah menjalani rawatan bekam.
Ada juga yang menyediakan 1 cup kecil air mineral setelah selesai menjalani rawatan bekam.


Bagi para jurubekam yang professional dan berpengalaman mereka biasanya memberikan anda sekeping borang bagi mengisi nama beserta keterangan peribadi bagi rekod simpanan mereka berserta menunjukkan gambarajah point2 yang perlu dibekam bergantung kepada permintaan anda.
Jadi anda dapat melihat secara atas kertas di mana titik-titik yang perlu di bekam beserta faedah-faedahnya. 
Juga pada kebiasannya para jurubekam ini memberikan anda minuman berupa satu cup air mineral sebelum berbekam serta bertanyakan mengenai puasa sejam sebelum mula berbekam.
Mereka juga biasanya menyediakan premis yang tetap dan bersih dengan menggunakan cup bekam berkualiti serta mengikut jadual dan alatan pembersihan cup bekam yang telah ditetapkan. 


Bagi pengamalan saya sendiri pernah menjalankan rawatan bekam beralamat di :


No 10, Jalan Pahlawan 7,
Taman Pahlawan 
76300 Sungai Udang,
Melaka.


Selain itu pernah juga menjalankan rawatan bekam di Raub Night Bazar pada setiap hari Sabtu malam minggu.


Selebihnya adalah menjalankan rawatan kepada individu yang memerlukan rawatan bekam dan berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam dan Klang.


























Setakat ini dulu entry buat kali ini.
Sehingga bertemu lagi.
Selamat berbekam dan mencuba rawatan alternatif.

Assalamualaikum...





**hubungi Encik Harez 019-2533818 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji.


Pamplet / Flyers / Memo Mengenai Rawatan Bekam


SELAMAT DATANG KE PAGE 


harezbekam@blogspot.com






Lampiran di atas adalah flyers / pamplet mengenai rawatan bekam. Bagi yang berminat untuk berbekam terus menghubungi nombor yang tertera bagi temujanji. Dijamin servis pada kadar yang terbaik serta pada harga yang berpatutan. Selamat bertemujanji dan menjalani rawatan bekam.






Lampiran di atas ini pula adalah business card beserta contoh gambar ketika rawatan bekam.

" Di sebalik bekam ada KESEMBUHAN , Di sebalik SUNNAH ada KEBERKATAN. "








Secara umumnya rawatan bekam terbahagi kepada dua iaitu:

1) RAWATAN BEKAM DARAH
2) RAWATAN BEKAM ANGIN

Pada kebiasaannya harga bagi bekam darah adalah purata RM5 bagi setiap cup bekam iaitu dengan menjalani satu pusingan rawatan bekam angin dan 2 kali @ 2pusingan rawatan bekam bagi mengeluarkan darah kotor dan bertoksid.

Pelanggan berhak serta diberi kebebasan untuk memilih berapa cup yang ingin di bekam.

Bagaimanapun pihak saya sendiri menyediakan beberapa pakej bekam iaitu :


BEKAM ANGIN SAHAJA
(rawatan bekam angin sahaja)
15cup pada harga RM30


BEKAM DARAH
(rawatan ini termasuk 1 pusingan bekam angin dan 2 kali bekam darah mengikut berapa cup yang diperlukan pesakit yang memerlukan rawatan bekam )
11 cup pada harga RM50 = 33cup servis bekam diberikan kepada pesakit
15 cup pada harga RM70 = 45cup servis bekam diberikan kepada pesakit
22 cup pada harga RM100 = 66cup servis bekam diberikan kepasa pesakit







Sila hubungi no yang tertera di bawah bagi mendapatkan rawatan. Kini berada di Setia Alam dan kawasan sekitarnya.
Encik Harez : 019-253 3818

  Checklist Sebelum Kahwin Untuk Bakal Pengantin, Baru Tak Pening Kepala! jom baca dari link di sini https://siraplimau.com/checklist-sebelu...