BELUM PERNAH BEKAM ???
Jom mengenal cara dan melihat gambaran ketika menjalani rawatan bekam
Pada kebiasaannya masa yang diperlukan bagi menjalani rawatan bekam bagi 10 - 22cup bekam adalah sekitar 45 minit sehingga ke 1jam 30 minit sahaja.
Kebanyakan komen yang diberikan oleh penerima rawatan bekam adalah perbezaan menjalani rawatan bekam dengan menjalani urutan badan biasa adalah berbekam mendapat kesan kesihatan dan kecergasan yang lebih lama berbanding urutan biasa.
Ini kerana berbekam mengeluarkan darah yang bertoksid dan digantikan dengan antibodi baru di samping melegakan otot serta menghilangkan lenguh dan sengal urat dan bahagian sendi.
Para penerima rawatan adalah dinasihatkan supaya tidak makan dan minum (puasa) sekurang-kurangnya sejam sebelum menjalani rawatan bekam.
Setelah menjalani rawatan bekam , anda digalakkan minum air kosong / air mineral bagi melancarkan peredaran darah.
Ada juga para jurubekam yang menyediakan pakej berbekam beserta minum air susu kambing segar selesai menjalani rawatan bekam.
Ada juga yang menyediakan satu stik madu setelah menjalani rawatan bekam.
Ada juga yang menyediakan 1 cup kecil air mineral setelah selesai menjalani rawatan bekam.
Bagi para jurubekam yang professional dan berpengalaman mereka biasanya memberikan anda sekeping borang bagi mengisi nama beserta keterangan peribadi bagi rekod simpanan mereka berserta menunjukkan gambarajah point2 yang perlu dibekam bergantung kepada permintaan anda.
Jadi anda dapat melihat secara atas kertas di mana titik-titik yang perlu di bekam beserta faedah-faedahnya.
Juga pada kebiasannya para jurubekam ini memberikan anda minuman berupa satu cup air mineral sebelum berbekam serta bertanyakan mengenai puasa sejam sebelum mula berbekam.
Mereka juga biasanya menyediakan premis yang tetap dan bersih dengan menggunakan cup bekam berkualiti serta mengikut jadual dan alatan pembersihan cup bekam yang telah ditetapkan.
Bagi pengamalan saya sendiri pernah menjalankan rawatan bekam beralamat di :
No 10, Jalan Pahlawan 7,
Taman Pahlawan
76300 Sungai Udang,
Melaka.
Selain itu pernah juga menjalankan rawatan bekam di Raub Night Bazar pada setiap hari Sabtu malam minggu.
Selebihnya adalah menjalankan rawatan kepada individu yang memerlukan rawatan bekam dan berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam dan Klang.
Setakat ini dulu entry buat kali ini.
Sehingga bertemu lagi.
Selamat berbekam dan mencuba rawatan alternatif.
Assalamualaikum...
**hubungi Encik Harez 019-2533818 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji.